Aircond Tak Selamat Untuk Anak!!

Tahukah anda aircond dirumah sebenarnya tak selamat dan bahaya untuk anak?

Cuba perhatikan aircond kat rumah anda, adakah ia berhabuk atau tak??? Kalau berhabuk, cepat bersihkan dan service. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran! Wah, seronoknya bila tengok anak tidur dalam bilik dengan penghawa dingin rumah terpasang kuat! Ibu pun dengan senang hati membuat kerja-kerja lain. Betul, setiap rumah sekarang mesti ada sekurang-kurangnya satu penghawa dingin rumah terutamanya di bilik tidur. Ini semuanya kerana nak elak dari panas.

Tapi pernah tak kalian terfikir apakah elok anak kecil tidur dengan kesejukan penghawa dingin atau aircond ini? Gara-gara penghawa dingin rumah; anak ini terkena pneumonia. Cerita ini dikongsi oleh Zia Saad melalui akaun Facebooknya, di mana bayi dia yang masih kecil telah terkena penyakit pneumonia akibat tidur dalam penghawa dingin yang kotor dan berhabuk. Malah, ia berlaku hampir setiap malam kerana itu habuk yang kotor terbabit disedut dalam paru-paru anaknya itu. Berikut ringkasan ceritanya. “Anak saya, Am (nama samaran) sudah didedahkan dengan penghawa dingin rumah sejak kecil. Tapi ketika umurnya 10 bulan, dia sering demam, sesak nafas dan batuk.

Pada mulanya, saya ingat demam dan batuk biasa tapi kami terpaksa berulang kali ke klinik namun tetap tak sembuh. Akhirnya dia dimasukkan ke wad pediatrik KPJ. Selepas membuat pemeriksaan, anak saya disyaki terkena penyakit pneumonia dan broncholities. Lebih teruk lagi, doktor mengesahkan dia mengalami lymph nodes membengkak sehingga terpaksa membuat pembedahan pada 3 tempat di lehernya! Saya dan suami hanya mampu terdiam. Kemudian, doktor siasat punca lantas soalan demi soalan diajukan berkaitan latar belakang keluarga, persekitaran dan gaya hidup kami sekeluarga.

Selepas dianalisis doktor mengatakan anak saya terdedah pada cuaca yang tak bersih dan mengandungi bakteria. Kami menyatakan yang anak setiap hari tidur dalam penghawa dingin rumah. Kata doktor, air cond di rumah memang lebih baik dari kipas kerana ia sudah ditapis melalui penapis tapi yang tak eloknya apabila ia tak diselenggara (service) lantas terjadi pertumbuhan bakteria. Kami menyatakan yang anak setiap hari tidur dalam penghawa dingin rumah. Kata doktor, air cond di rumah memang lebih baik dari kipas kerana ia sudah ditapis melalui penapis tapi yang tak eloknya apabila ia tak diselenggara (service) lantas terjadi pertumbuhan bakteria. Maka angin yang keluar itu dipenuhi bakteria dan disedut. Tambahan pula, bayi berusia 2 tahun belum ada daya ketahanan antibodi dan mudah terdedah pada pelbagai penyakit,”.

Penghawa dingin rumah punca pneumonia: Apa itu pneumonia? Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan disebabkan pundi udara kecil (alveoli) dan tisu sekitarnya. Laluan ini dipenuhi bakteria atau mukus yang akan menyekat oksigen untuk terus ke dalam darah. Jangkitan ini berpunca dari kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob. Tanda dan gejala pneumonia:

  • Demam dan menggigil dalam suhu 39-40c
  • Batuk berkahak warna kuning, hijau, perang atau ada darah.
  • Sakit dada ketika batuk dan semasa tarik nafas yang dalam
  • Bernafas cepat dan pendek
  • Lesu dan tak bermaya
  • Berpeluh dan kemerahan
  • Hilang selera makan

Jangan lupa service penghawa dingin rumah anda! Oleh itu, kepada ibu bapa yang ada aircond kat rumah itu, cepat-cepat panggil technician service ya! Panggil saja technician ke rumah kan lebih mudah. Malah, anak juga rasa selesa nak tidur malam bila penghawa dingin rumah bersih dari sebarang kotoran dan bakteria.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *